Kredibiliti Sumber

 

KREDIBILITI  EDITORIAL

KANDUNGAN

  • Persepsi itu Penting
  • Kredibiliti dan Pembujukan
  • Dimensi Kredibiliti
  • Kredibiliti dan Penggunaan Media
  • Kebolehpercayaan dan Kredibiliti
  • Kedayatarikan dan Kredibiliti
  • Kesamaan dan ketidaksamaan
  • Mengukuhkan Kredibiliti Sumber

 

PERSEPSI ADALAH PENTING

  • Antara  tugas penting akhbar ialah menegur tindakan orang lain jika orang lain berbuat salah;
  • Akhbar  tidak boleh membenarkan institusi itu dicemari kesalahan para anggotanya.

 

KREDIBILITI DAN PEMBUJUKAN

  • Pembujukan dicapai melalui perwatakan peribadi apabila ucapan disampaikan yg menyebabkan kita berfikir beliau kredible. Orang lebih mudah mempercayai orang baik – Aristotle;
  • Tiga ciri penting rayuan beretika:- i) perwatakan baik, ii) sense yg baik, iii) prehatin terhadap  kebajikan khalayak;
  • Kajian terkini menunjukkan pembentukan sikap dan perubahan sikap ke arah yg dikehendaki jika kredibiliti sumber tinggi;

 

KESUKARAN MENENTUKAN KREDIBILITI

  • Kredibiliti ialah satu set persepsi mengenai sesuatu sumber  yg dipegang oleh penerima sesuatu komunikasi;
  • Kredibiliti adalah satu pembolehubah yg penting dlm kajian pembujukan komunikasi.
  • Kredibiliti bukan satu ciri perwatakan individu- spt umur, jantina, atau satu set spt kedudukan sosio-ekonomi (ia mungkin antaranya);

 

DIMENSI KREBILITI

  • Kredibiliti sumber  terletak kepada tiga faktor: i) keselamatan, ii) kelayakan, iii) dynamisme;
  • Keselamatan atau kebolehpercayaan – faktor utama dlm komunikasi berbentuk task-oriented;
  • Dinamisme atau kegiatan am lebih dikaitkan dgn interaksi sosial;
  • Kelayakan atau pengalaman (authoritativeness).

 

KREDIBILITI DAN PENGGUNAAN SUMBER

  • Lima komponen penting media:

–      Media sendiri- vmedia cetak atau media penyiaran

–      Saluran – saluran yang paling kerap digunakan;

–      Kandungan berita- lengkap, berisi (tak remeh), benar, penekanan kpd orang atau kejadian

–      Bagaimana berita disampaikan- menarik atau membosankan

–      Sumber yg menyampai – kredible

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KREDIBILITI

  • Hubungan antara mesej editorial atau  komentari  dilihat sebagai betul dari segi fakta dan bukti empiri dengan kebolehkepercayaan;
  • Ia bergantung kepada persepsi terhadap penulis editorial berkaitan apa yang ia tahu sebagai benar daningin menyapiakan kebenaran itu kepada khalayaknya;
  • Kredibiliti sumber  akhirnya bergantung kepada apa yang dipersepsikan sebagai kepakaran dan objektiviti.

KEDAYATARIKAN DAN KREDIBILITI

  • Kedayatarikan sumber – kesukaan, kesamaan;
  • Kesukaan – orang suka identify dgn sumber yg mempunyai kepercayaan yg sama;
  • Atau komunikator dipersepsikan sebagai sebagai “familiar” dan sama hinggakan penerima bersedia untuk menerima pendirian a
  • Atau pandangan yg diadvokasikan oleh komunikator

 

KESAMAAN DAN KETIDAKSAMAAN

  • Konsep kredibiliti:-
  • Kebolehpercayaan sumber, kepakaran, ketrampilan, kewibawaan, keyakinan;
  • Konsep kesamaan sumber-khalayak (berpendirian sama dari segi demografi, sikap, pengalaman, atau faktor personaliti);
  • Masalah dalam hubungan;
  • Siapa lebih dipercayai tuk bercakap mengenai politik dunia? Antara pemegang PhD dlm sains politik dgn pra-siswazah;
  • Pengaruh rakan sebaya lebih membujuk dlm soal lain; cth iklan bijirin utk kanak-kanak.

 

MENGUKUHKAN KREDIBILITI SUMBER

  • Berusaha meningkatkan kepakaran. Tingkatkan melalui sesi kritik dan bengkel;
  • Kepelbagaian dalam i) ramai dan  ii)seorang;
  • Berpendirian bebas– drp politik, perniagaan, bebas daripada tekanan kumpulan;
  • Berusaha supaya lebih objektif;
  • Berusaha supaya lebih konsisten;
  • Berusaha supaya lebih adil;
  • Berusaha supaya ikhlas (elak diperguna); keutamaan kepada kepentingan awam bukan kepentingan private;
  • Berusaha menjadi lebih berkemanusiaan – ketakutan, masalah, kekecewaan pembaca dan pendengar;
  • Berusaha menjadi lebih relevan;
  • Berusaha supaya menjadi lebih terbuka – forum pembaca;
  • Berusaha menjadi lebih dikenali – meletakkan nama penulis?;
  • Berusaha menjadi lebih profesional.

 

SUMBER

Stocipher, Bab 8

Mac 8, 2010 at 10:54 pm Tinggalkan komen

Perkara yg perlu dielakkan

PERKARA YANG PERLU DIELAK

KANDUNGAN

  • Pengenalan -Perlunya Menulis Tepat
  • Andaian yg tidak diperlukan
  • Kesamaran
  • Kepalsuan Statistik
  • Pertanyaan
  • Perkara lain yg perlu dielak
  • Ringkasan & Kesimpulan

 

PENGENALAN- PERLUNYA MENULIS DGN TEPAT

  • Dlm mencari kebenaran, penulis editorial perlu:

–      Berfikir sebagai ahli sains;

–      Menjalankan penyelidikan dari sumber yg sahih;

–      Mengenepikan prejudis sendiri

–      Mempertimbangkan hujah pro dan conutk mencapai kesimpulan yg sah.

Menyedari tentang kepalsuan, termasuk sumber dan usaha pihak lawan untuk meyanggah editorialnya.

ANDAIAN YANG TIDAK DIPERLUKAN

  • Mewujudkan premis  keempat (yg menggunakan logik formal).  Premis ini tidak nyata dan tidak disebut.
  • Elakkan bertanya soalan kompleks;
  • Mengelakkan persoalan;
  • Mengemukakan bukti yg tidak relevan;
  • Menimbulkan pelbagai persoalan;
  • Menulis non sequitur – kesimpulan yg tidak mengikuti premis.

 

KESAMARAN

  • Kepalsuan daripada kesamaran boleh berlaku dama dua bentuk:
  • Yang melibatkan makna qualitatif sesuatu istilah;
  • Yang melibatkan kuantiti.
  • Istilah kualitatif – demokrasi, sains, psikologi, akademik, sosialism, kebebasan Marxism dan fascism, dsbnya.
  • Kuantiti –  misalnya, apa yg benar bagi seluruh, benar juga bagi sebahagian.

 

KEPALSUAN  STATISTIK

  • Penggunaan statistik yg tidak betul, yg berlebih-lebih, terlalu dipermudahkan (simplified), distorted boleh mengelirukan. Mungkin bukan disengajakan.
  • Purata – apakah ukuran central tendency yng harus digunakan mean, median dan mode?
  • Per capita income.
  • Keperluan penulisan editorial untuk berhati-hati dlm menggunakan statistik.

 

PERTANYAAN

  • Persoalan yg dikemukakan hendaklah televan kpd khalayak dan penulois berharap dapat menjawabnya:

–      Persoalan fakta;

–      Persoalan makna;

–      Persoalan keberangkalian;

–      Persoalan nilai;

–      Persoalan dasar.

  • Dua persoalan pertama tidak sukar, tetapi yg tiga lagi agak bermasalah

 

PERKARA LAIN YANG PERLU DIELAKKAN

  • Generalisasi yang berlebihan;
  • “Kepentingan awam, “kebebasan akhbar”, “kuasa rakyat”, “kuasa raja”.
  • “TestImonial”, “orang lain melakukanny”.

Kenggananan penulis editorial untuk mengambil pendirian mengenai sesuatu isu. Mengambil satu pendirian dll satu perenggan, dan mengambil pendirian lain dalam perenggan lain. Ini diakhiri dgn “lihatlah kesudahannya”, atau “masa akan menentukannya”, yg lupa persoalan yg dikemukakanya di awalnya.

RINGKASAN DAN KESIMPULAN

  • Semak kesimpulannya.
  • Elakkan kesamaran.
  • Perlu sedar tentang persoalan-persoalan yang dikemukakan.
  • Memberi perhatian kepada hubungan causal (penyebab).
  • Hanya dgn cara ini penulis editorial boleh menjadi pembujuk yang berkesan.

Mac 8, 2010 at 10:40 pm Tinggalkan komen

7 Pemilihan Topik

PemilihanTopik

Mohd Safar Hasim

Idea untuk Editorial

•Menjelaskanapayang bahagian lain, berita dan rencana tidak buat.

•Orang mencari editorial untuk memahami apa yang berlaku.

•Idea tidak semestinya besar kerana idea yang paling mudah kadang-kadang yang paling menggemparkan. Bebas untuk menulis

•Editorial ditulis untuk menghujah, menyelesaikan masalah, menjawab soalan.

•Andaian: apa yang dipilih:-isu, subjek, masalah, persoalan, adalah relevant danboleh dijadikan relevanuntuk pendengar atau pembaca.

•Kepentingan pembaca adalah penting. Ini bermakna penulis editorial tidak bebas untuk berbuat apa saja atau menulis apa saja. Memberi makna

•Penulis editorial memberi makna apa yang berlaku setiap hari.

•Setiap hari ribuan kejadian berlaku, tetapi hanya sebahagian kecil yang masuk kedalam akhbar.

•Jadi adalah menjadi tugas penulis editorial untuk menjelaskan dan member makna. Pentingnya membaca

•Membaca sebanyak mungkin. Bacaan ini tidak terhad kepada berita dan rencana dlm akhbarnya.

•Membaca tentang falsafah, etika, buku-buku topikal, sejarah.

•Selain membaca mungkin melawat-tempat kejadian.

•Menemubual seseorang yang berkaitan (jikaperlu)

 Menjelaskan berita

•Sesuatu kejadian mungkin member iimpak besar. Secara sendiri ia mungkin tidak member makna apa-apa, tetapi jika diletakkan dalam konteks yang betul ia member makna tersendiri.

•Editorial mungkin menyentuh perkara yang paling baru, tapi ia mungkin juga menyentuh apa yang berlaku lama sebelum ini. Cth kejadian di Perak dan Sabah. Surat Kepada Pengarang sebagai Katalis

•Selain berita dan kejadian, surat kepada pengarang juga mungkin menjadi katalis kepada penulis editorial.

•Apa yang dinyatakan dalam surat ini mungkin tidak dilaporkan dlm akhbar, tetapi penulis tahu.

•Sekarang ini, TV3 menyiarkan email drp penonton mengenai sesuatu isu.

 Editorial Penyelesai Masalah

•Pilihan masalah untuk dijelaskan dlm editorial hendaklah sesuatu yang boleh menarik minat pembaca untuk mengetahuinya. Untuk tujuan ini, masalah hendaklah:

•Dikenalpasti;

•Dijelasdan dikelasifikasi;

•Berbagai cadangan dikemukakan;

•Cadangan diuji;

•Penyelesaikan yang terbaik dikemukakan.

•(Lihatpembentukantesis).

 Editorial sebagaie seitidak formal

•Bukan semua editorial perlu menulis topic besar.

•Topik kecil juga boleh ditulis dgn gaya bersahaja.

•Tidak perlu guna cara yang sudah outdated.

•Tidak sesuai tulis secara remeh( guna bahasasms, etc).

 Brainstorming

•Dlm akhbar besar, sesi brainstorming biasa diadakan pada sebelah pagi.

•Penulis diarahkan mengemukakan beberapa topic untuk ditulis.

•Topi kini dimesyuaratkan dan dipilih.

•Dlm akhbar kecil perkara ini mungkin tidak berlaku, tetapi proses brainstorming bolehdilakukan dgn cara lain.

 Elakkan Tajuk Terpencil

•Elakkan tajuk yang tidak mungkin diminati oleh pembaca. Tajuk yang tidak ada relevan dlm kehidupannya.

•Pilihah tajuk yang boleh member kepuasan kepada pembaca kerana membantunya merungkai masalah dalamfikirannya. Jangan tulis bagi pihak orang lain

•Tulislah perkara yang menjadi dasar akhbar.

•Elakkan menulis bagi pihak orang lain.

•Elakkan menulis bagi pihak pelobi yg mungkin meminta penulis untuk berbuat demikian.

•Rujukan:

•Stonecipher, Bab3.

Mac 8, 2010 at 2:17 pm Tinggalkan komen

Menungan

MENUNGAN

Mohd Safar Hasim

1

• Ramuan penting dalam pembujukan

2

Kandungan

• Berfikir lwn Logik

• Berfikir sebagai seorang ahli sains

• Berfikir mengenai berfikir

• Persediaan:Menaakul dari fakta

• Eraman: Penulisn editorial sebagai pemikir

• Penjelasan:Mencari idea yang menggembirakan

• Pengesahan: Adakah idea sesuai?

• Musuh pemikiran berkesan

3

Berfikir lwn Logik

• Untuk memahami banyak maklumat yang ada

memerlukan susunan idea, logikal proses,

membanding dan mempertimbang oleh

penulis editorial.

• Perbezaan antara pemikiran logikal dan oleh

penulis editorial.

• Dua pendekatan: induktif (kes khusus) dan

deduktif (dari am kepada khusus).

• Cth logik.

4

Berfikir sebagai seorang ahli sains

• Dua cara membuat keputusan: mencapai

kesimpulan, dan mencapai penyelesaian

kepada masalah.

• i. Memerhati, timbang pilihan, dan putuskan

apa yang perlu dibuat atau tidak dibuat; ini

adalah rasional, logikal, dan lebih saintifik;

• Atau berfikir tanpa berfikiran sedar (yang

dilakukan setiap hari).

• Enam panduan berfikir secara ahli sains

5

Berfikir Secara Ahli Sains

• Berfikiran terbuka

• Dunia bukan hitam putih; ia ada warna kelabu;

• Mengenepikan prejudis dan kesukaan;

• Apa yang dilihat sama, sebenarnya tidak

sama;

• Harus ingat dunia sentiasa berubah;

• Menyedari dalam konteks apa sesuatu

berlaku.

6

Berfikir mengenai berfikir

• Memecah masalah dalam bentuk yang mudah

diselesaikan.

• Melakukan menungan di tempat sunyi.

7

Persediaan: Menaakul dari fakta

• Kumpulan maklumat mengenai masalah…

(persamaan literature review).

• Fikiran yang kosong tidak akan menghasilkan

idea yang bernas.

8

Eraman: Penulisan editorial sebagai

pemikir

• Selidik, berfikir, menung…

9

Penjelasan:Mencari idea yang

menggembirakan

• Bersunyi untuk berfikir…

10

Pengesahan: Adakah idea sesuai?

• Selepas berfikir ia perlu diuji dan ditulis dalam

bentuk tulisan editorial.

• Pastikan jawapan yang dicadangkan sebenarnya

jawapan kepada persoalan yg dikemukakan.

• Perlu pastikan penyelesaian boleh menyelesaikan

masalah.

• Ia sesuai dgn idea yang dikemukakan.

• Jangan hasilkan penyelesaian yang tidak selaras

dgn persoalan.

11

Musuh pemikiran berkesan

• Berkhayal tanpa tumpuan. Perlu ada tumpuan,

arah, dan tujuan menungan. Untuk berjaya ia

mesti dapat bertahan di peringkat pengesahan.

• “Wishful thinking” juga berfaedah. Jika ia

berpegang kepada teori yang ia berharap ia

benar, penulis mungkin tidak melihat fakta

sebenar. Jangan menidakkan fakta

• Prejudis juga menjadi musuh pemikiran berkesan.

Berfikiran terbuka.

12

Kesimpulan

• Sebagai penulis jadilah manusia berfikir –

untuk menghasilkan editorial yang lebih

menyelidik, lebih fokus, lebih membujuk.

• Idea akan lebih membujuk dan provokatif

hasil daripada menungan yang jitu.

• Rujukan: Bab 5, Stonecipher

Mac 8, 2010 at 1:54 pm Tinggalkan komen

Ringkasan Minggu ke 3

MENCARI FAKTA

 Rujukan dan Sumber Asas

  • Akhbar sebagai sumber
  • Rujukan editorial
  • Rujukan Biografi
  • Indeks, Diges dan Abstrak
  • Statistik (Jabatan Perangkaan)
  • Laporan penyelidikan
  • Rujukan perundangan & kehakiman
  • Dokumen kerajaan etc

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

SKKC3133 Penulisan Editorial dan Komentar

Ringkasan Minggu Ke 3

(Bahagian 1)

RAYUAN EDITORIAL

Pengenalan

Ada dua strategi utama untuk membawa perubahan kepada kepercayaan, sikap, dan

tingkah laku, yang menarik perhatian para penyelidik sains tingkah laku strategi itu ialah :

i) Penggunaan penyertaan yang aktif, dan

ii) Penggunaan komunikasi pembujukan

Strategi pertama ialah penyertaan aktif.

membawa perubahan melalui rangsangan

pemerhatian tingkah laku orang lain. Ia adalah di luar skop kuliah ini.

Strategi pertama memberi tumpuan untuk

(stimuli) seperti interaksi dengan orang lain atauStrategi kedua ialah penggunaan komunikasi pembujukan.

penyertaan aktif, di mana seseorang mendapat maklumat melalui pemerhatian orang,

benda, dan kepastian dalam keadaan yang lebih kurang neutral, maklumat dalam

komunikasi pembujukan biasanya dipandang sebagai di lihat luar dan sebagai sesuatu yang

direkacipta untuk memanipulasi dan mempengaruhi seseorang pembaca atau pendengar.

Seseorang penulis editorial, misalnya tidak dapat melindungi tujuan pembujukan

manipulasinya apabila beliau menilai rekod buruk majlis bandaraya atau lembaga bandaran.

Oleh kerana komunikasi pembujukan sentiasa dilihat sebagai satu strategi penting untuk

mempengaruhi orang, terutama melalui media massa, ia menarik perhatian para sarjana

dan pengamal media sejak sekian lama. Pada hakikatnya, banyak daripada cetusan untuk

Berbanding dengan

2

penyelidikan yang terkawal dalam bidang ini datang daripada

Research Program

arahan ahli psikologi dan penyelidik pembujukan Carl I. Hovland.

Yale Communication(Program Penyelidikan Komunikasi) dalam tahun 1950an di bawahPendekatan Program Yale

Program penyelidikan empirikal yale ini berkisar kepada tema: Siapa berkata apa kepada

siapa dengan kesan apa?

Tumpuan mereka kepada mesej (lisan dan tulisan) sebagai rangsangan kepada perubahan

sikap atau pendapat menjadikan pendekatan Yale penting kepada pembujuk media.

Pendekatan Yale meletakkan pembolehubah yang mempengaruhi penerimaan hujah

pembujukan kepada empat kategori:

i) Sumber komunikasi

ii) Ciri-ciri mesej yang membujuk

iii) Kebolehbujukan khalayak dan individu yang membentuk sesuatu khalayak

iv) Reaksi khalayak kepada komunikasi

Kuliah ini akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri mesej sahaja, di mana yang lain akan

dibincangkan kemudian.

Pendekatan Yale menjelaskan ada empat langkah atau proses yang menentukan

sejauhmana seseorang akan dibujuk oleh sesuatu komunikasi. Kesan kepada sesuatu

mesej pembujukan yang diberikan, bergantung kepada sejauhmana sesuatu komunikasi itu

dibaca, difahami, diterima dan diingati. Implikasinya ialah kesan sesuatu editorial akhbar

atau komentari penyiaran dimediasi oleh apa yang penyelidik sains sosial gelar sebagai

.

perhatian, pemahaman, penerimaan (atau mengalah)

dan

ingatan.Akal budi menyatakan bahawa sesuatu mesej itu mesti didengar dan dibaca dan

difahami. Sebelum ia boleh menjadi membujuk, teknik untuk mencapai darjah perhatian dan

pemahaman yang diperlukan untuk menjelaskan sesuatu isu awam yang kompleks adalah

sesuatu perkara lain. Tanpa kefahaman sedemikian, sudah pasti, tidak mungkin ada

penerimaan atau perubahan sikap iaitu matlamat yang diharapkan. Tumpuan kuliah ini ialah

terhadap berbagai proses yang menentukan sejauhmana seseorang akan dipujuk oleh

komunikasi tulisan atau lisan dan berbagai ciri kandungan mesej yang diujikaji oleh

3

penyelidik tingkah laku sejak beberapa tahun dalam usaha untuk menentukan impak

sesuatu mesej yang membujuk.

Perhatian dan Pemahaman

Dapatkan perhatian pembaca dan pendengar. Ini adalah langkah pertama untuk memecah

tembok pertahanan mereka. Seseorang pembujuk perlu memecahkan tembok motivasi ini

sebelum dapat menggunakan tekniknya. Terdapat banyak bukti bahawa penulis editorial

akhbar mungkin menghadapi lebih banyak kesukaran untuk mendapat perhatian yang

diperlukan berbanding dengan pengulas penyiaran.

Pengulas televisyen boleh menggunakan tekanan bunyi, lampu, dan warna; unsur

kontras dan perubahan; daya tarikan pergerakan melalui tanda-tanda, non-verbal,

kesemuanya boleh menarik perhatian. Penulis editorial akhbar mungkin terpaksa

bergantung kepada faktor luaran seperti saiz sesuatu tajuk berita, huruf besar, penggunaan

italik, saiz huruf, atau kepanjangan sesuatu editorial untuk menggunakan faktor-faktor

intensif dan kontras. Penulis editorial tidak boleh menggunakan langsung pergerakan.

Pengulangan, bagaimanapun boleh digunakan daya tarikan sama ada oleh komentar

akhbar dan penyiaran. Ada dua faedah pengulangan:

i) Suatu rangsangan (tulisan dan lisan) yang diulang mempunyai peluang yang

lebih baik untuk menarik pembaca dan pendengar pada ketika apabila

perhatiannya sedang menurun, dan

ii) Pengulangan meningkatkan sensitivity pembaca atau pendengar atau

kesedaran kepada rangsangan.

Ada berbagai faktor dalaman dan penentu perhatian yang didapati agak tekal dari

individu ke individu. Sesetengah topik atau isu, misalnya, suatu ancaman terus kepada

kehilangan keselamatan, adalah begitu penting. Ia segera menarik perhatian. Sesetengah

berita kejadian yang berkaitan dengan konflik, drama, dan suspense boleh menarik

perhatian sesuatu khalayak.

Sesuatu kejadian atau isu-isu yang ganjil boleh menarik perhatian pembaca dan

pendengar keperluan kepada resolusi, penyelesaian atau perimbangan mungkin

menyebabkan meningkatnya perhatian kepada sesuatu isu apabila ketidakseimbangan itu

4

mungkin menjadi tidak boleh diterima secara psikologikal. Hampir juga boleh menjadi suatu

daya penarik kerana khalayak tertarik kepada bahan seperti itu dalam usaha untuk

melarikan diri daripada ketakutan, kekecewaan dan

Walaupun khalayak memberi perhatian kepada mesej, perhatian demikian mungkin

tidak berguna jika tujuan komunikasi tidak difahami sepenuhnya. Organisasi yang lemah,

misalnya mungkin merosakkan keberkesanan sesuatu mesej, menjadikannya tidak difahami.

Buku-buku teks menekankan betapa pentingnya organisasi terhadap pemahaman. Berbagai

penyelidikan empirikal menyokong konsep susunan ini. Kesan daripada susunan

penyampaian hujah di dalam sesuatu mesej yang diberikan terhadap impak pembujukannya

akan dibincangkan kemudian di dalam kuliah ini.

Adalah penting bagi sesuatu mesej pembujukan mempunyai sesuatu untuk

diperkatakan, ia perlu mempunyai

komunikasi adalah juga penting. Adalah juga penting

supaya ia difahami.

Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kefahaman khalayak terhadap

sesuatu mesej berkaitan dengan bahan yang agak kompleks, mungkin menjadi masalah

kepada pengulas penyiaran berbanding dengan penulis editorial akhbar.

hostility ereka.kandungan iaitu perkara dalam sesuatu editorial atau, bagaimana mesej itu dipersembahkanPenerimaan dan Ingatan

Penerimaan mesej pembujukan merupakan pembolehubah yang paling banyak dikaji

berhubung dengan pembentukan sikap dan perubahan sikap. Walaupun penerimaan

(

kepadanya dan memahaminya – sejauhmana penerimaan tidak semestinya berhubung

secara positif kepada darjah resepsi.

Terdapat satu kajian yang klasik, yang diterimapakai oleh penyelidik lain dalam

bidang ini, mengkonsepkan sikap sebagai termasuk tiga jenis penerimaan:

i) Pematuhan (

acceptance) tidak boleh berlaku tanpa resepsi (reception) mesej – memberi perhatiancompliance)5

Pematuhan berlaku apabila seorang individu menerima suatu rayuan

pembujukan kerana ia berharap untuk mendapat reaksi yang positif dari

komunikator atau institusi yang diwakilinya.

ii) Identifikasi

Identifikasi berlaku apabila seseorang individu menerima suatu rayuan

pembujukan kerana beliau ingin mewujudkan atau menjaga apa yang digelar

oleh ahli psikologi sebagai “suatu hubungan kenal diri yang memuaskan”

satisfying defining relationship)

iii) Internalisasi

Internalisasi berlaku apabila seseorang individu menerima suatu rayuan

pembujukan kerana kandungan mesejnya selaras dengan nilai sistemnya.

Penulis editorial media jarang dapat pematuhan melalui rayuan pembujukan

ini.

Penulis editorial media lazimnya tidaklah begitu berkuasa. Jika penulis editorial

cukup menarik, besar kemungkinan pematuhannya mungkin melalui identifikasi. Jika penulis

editorial dilihat sebagai sumber yang cukup kredible (pakar dan objektif), kepatuhannya

adalah melalui proses internalisasi.

…bersambung

 

Januari 5, 2010 at 2:12 pm Tinggalkan komen

Ringkasan Minggu ke 2

Pusat Pengajian Media dan Komunikasi

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Kuliah 2 Penjelasan dan Pengklasifikasian Editorial

Ringkasan Minggu ke 2

Kuliah ini akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan editorial. Berbagai jenis editorial

akan diterangkan.

Apakah yang dikatakan editorial?

Sesebuah editorial boleh dianggap sebagaui suatu esei kewartawanan yang berusaha untuk:

a. Memaklum atau menjelaskan;

b. Membujuk atau meyakinkan;

c. Merangsang kefahaman atau

Sebagai sebuah esei, sesuatu editorial boleh dianggap sebagai mempunyai tiga bahagian, iaitu

Pengenalan, isi dan kesimpulan.

Dari segi berbagai bentuk karangan, ia mungkin menggunakan exposition (penjelasan), narration (penceritaan), pemerihalan, atau perbahasan.

Berikut diturunkan beberapa pandangan mengenai apa yang dikatakan sebagai editorial:

i. William Allen White (Editor dan Penerbit Emporia Gazette: …

suatu pernyataakn pendapat berdasarkan suatu pilihan fakta yang mewakili kebenaran menurut suatu

pandangan paru – sesuatu yang semua orang tahu yang orang sebelum ini pernah terfikir.

insight secara menghibur atau secara humour.pada amnya, sesebuah editorial ialahii. Leon Flint (dalam bukunya The Editorial) mengatakan:

editor – ialah satu daripada banyak medium yang digunakan oleh manusia untuk memenuhi naluri

mereka untuk menyebarkan idea.

Editorial – pernyataan pendapat seseorangiii. M Lyle Spencer (penulis buku Editorial Writing):

persembahan fakta dan pendapat dalam susunan bentuk yang ringkas, logikal, dan menarik, untuk

mempengaruhi pendapat, atau menginterpretasi berita yang signifikan, dengan begitu cara

kepentingannya kepada pembaca menjadi jelas.

Sesuatu editorial boleh ditakrifkan sebagai satuPersoalan mengenai takrifan dan klasifikasi penulisan pendapat, bagaimanapun, akan terus wujud,

misalnya: Bagaimana hendak membezakan antara berita, interpretasi, dan pendapat?.

Lester Markel, bekas editor hari Ahad bagi akhbar New York Times, pernah menbezakan konsep tersebut

seperti berikut:

Apa yang dikatakan oleh seseorang adalah berita; kenapa ia ia berkata adalah interpretasi; sama ada ia

patut dikatakan adalah pendapat.

Markel juga ada mengatakan begini: Apa yang anda lihat adalah berita, apa yang anda tahu ialah latar

belakang; apa yang anda rasa adalah pendapat.

Ini bermakna berita dan pendapat tidak boleh dilihat sebagai satu dikotomi berita dan pendapat,

sebaliknya ialah patut dilihat sebagai kontinum berita-pendapat atau kontinum objektif-subjektif. Oleh

yang demikian, penulisan pendapat hendalklah dilihat sebegai terletak di hujung kontinum beritapendapat.

Mengklasifikasikan Editorial Mengikut Bahagian

Mengklasifikasikan Editorial Mengikut Tujuan

Cara-cara LainMenglasifikasikan Editorial

Perenggan-Perenggan Editorial

Editorial Untuk Menyelesaikan Masalah

Membuat Komen Editorial Secara Peribadi

Ringkasan dan Kesimpulan

Rujukan: Chapter 2. Stonecipher, H. W. Editorial and Persuasive Writing: Opinon Functions of the news Media

.

Januari 4, 2010 at 2:04 pm Tinggalkan komen

Proforma Kursus

 

FSSK/UPS/4/1/06

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

   UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

PRO-FORMA KURSUS PRASISWAZAH

SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009/2010

 

1. Pusat Pengajian: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
2. Program Pengajian:

Program Komunikasi Media

3. a.  Kod Kursus: SKKC3133 

    b.  Bilangan Kredit: 3

4. Tajuk Kursus: Penulisan Pendapat  dan Komentar

 

5.  Tahap Kursus: 

Wajib Program

6. Hari/Masa

Kuliah: Selasa: 10 pagi -12 tengah hari

Tutoran: Khamis: 2 petang – 4 petang

 

Bilik: BS3A.510

Bilik: Bilik Seminar Mention

7. Pengajar I:  Prof. Dr. Mohd Safar Hasim

 

Hari/Masa Untuk Pertemuan:
Setiap hari/8-9 pagi

Tel:  03-89213867/0193301947  

E-mel: drmsafar@gmail.com

Bilik: Blok D: 401

   
8. Objektif Kursus dan Hasil Pembelajaran:

Pada akhir kursus ini, para pelajar diharapkan mampu:

  • mengaplikasi dan menghasilkan penulisan editorial berlandaskan prinsip yang dikuliah dan dipraktiskan melalui latihan penulisan
  • menghasilkan penulisan surat kepada pengarang yang bertenaga dan membujuk
  • membuat penilaian kritis terhadap amalan penulisan editorial dan komentar di negara ini dan juga di luar negara.
  • peka terhadap isu-isu yang terbit di akhbar dari semasa ke semasa.

 

9. Sinopsis kandungan kursus (seperti dalam buku panduan dan tambahan):

Kursus ini menekankan kepada bentuk penulisan kritikal, analitikal dan intepretatif yang lebih mendalam. Berlandaskan ilmu wacana media yang mantap, pelajar didedahkan kepada strategi penyelidikan bahan, penulisan dan persembahan pendapat yang meliputi penulisan editorial, komentar, surat kepada pengarang, rencana kritikan, interpretatif dan kupasan. Kursus ini antara lainnya mengajar mengenai fungsi pendapat, penggunaan beberapa teknik pembujukan, penghujahan dan kritikan.

10. Bahan Pengajaran/Peralatan:

 

  • LCD dan notebook untuk kuliah
  • Nota ringkasan untuk kuliah

 

 

11. Bahan Rujukan (seperti dalam buku panduan dan tambahan):

 

Bacaan Asas:

Itule, B.D. & Anderson, D.A. 1997. News writing and reporting for today’s media. Edisi ke-4, New York: McGraw-Hill International.

Md Sidin Ahmad Ishak & Mus Chairil Samani. 1996. Strategi penulisan: Panduan khusus kepada penulis. Bangi. Jabatan Komunikasi. UKM.

Rivers, W.L., McIntyre, B & Work, A. 1998. Writing opinion: Editorials. Ames: Iowa State University Press.

Sloan, W.D. 1980. Pulitzer Prize editorials. Ames: Iowa State University Press.

Stonecipher, H.W. 1999. Editorial and persuasive writing. Edisi ke-2. New York: Hastings House Publishers.

Bacaan Tambahan:

 

Fink, C.C.  2004. Writing opinion for impact. Ed.2. New York: Blackwell Publisher.

 

12. Kaedah Pengajaran/Pembelajaran (kuliah, tutoran, kerja kumpulan, kerja lapangan dan lain-lain):

Kuliah dan tutoran

 

13. Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal (pertengahan/akhir) dengan perinciannya)

Tugasan Penulisan Individu (50%)

Setiap pelajar menulis LIMA  buah penulisan, empat buah penulisan  pendapat (editorial, komentar atau surat kepada editor) yang menggunakan empat pendekatan yang berbeza yang dikuliahkan dalam Minggu ke 3, mengenai satu isu sosial, ekonomi dan sebagainya, dan sebuah penulisan laporan khas.  

Setiap satu penulisan diperuntukkan 10% markah. Panjang setiap penulisan kira-kira 750 perkataan.

Rujukan menggunakan Gaya UKM perlu diberikan di akhir setiap penulisan.

Untuk menulisan editorial dan komentar, pelajar perlu menjelaskan kenapa pendekatan tertentu digunakan untuk penulisan editorial atau komentar yang dihasilkan.

Tarikh hantar:       Tugasan 1 = Minggu ke 5

                             Tugasan 2 = Minggu ke 7

                             Tugasan 3 = Minggu ke 9

                             Tugasan 4 = Minggu ke 11

                             Tugasan 5 = Minggu ke 13

Pelajar digalakkan menghantar penulisan mereka kepada media dan jika diterbitkan, pelajar akan diberi markah bonus 5% bagi yang pertama dikeluarkan, 2% bagi yang kedua dan seterusnya 1%. Maksimum markah bonus ialah 10%.                       

 

Analisis Editorial (10%)

Membuat satu analisis penulisan editorial atau komentar. Analisis dibuat terhadap lima buah editorial  atau komentar dari sebuah akhbar di Malaysia atau luar negara. Panjang analisis tidak lebih 1,50 perkataan  langkau dua.

 

Tutoran (10%)

Membentangkan satu penulisan (editorial,  komentar, laporan khas atau analisis editorial (yang ditulis oleh pelajar) pada waktu tutoran.  Pembentangan lebih menumpukan kepada perbincangan  idea.

 

Peperiksaan Akhir (30%)

Peperiksaan akhir adalah berbentuk esei.

 

Penilaian Peperiksaan Akhir

Skala gred penilaian: Gred berikut akan digunakan: A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+, D- dan E. Umumnya A menunjukkan kerja yang cemerlang, B menunjukkan kerja yang baik, C menunjukkan kerja yang memuaskan, dan D menunjukkan gred  lulus yang terendah. E adalah gagal atau kandas.

 

14. Tarikh-tarikh penting (tentatif):*

Perkuliahan: 21 Disember 2009 – 12 Februari 2010

Cuti Pertengahan : 13-21  Februari 2010

Perkuliahan: 22 Februari 2010 – 3 April 2010

Cuti ulangkaji : 4 April 2010 – 11 April 2010

Peperiksaan Akhir: 12 April 2010 – 30 April 2010

Cuti Semester: 1Mei 2010 – 4 Julai 2010

 

 

 

 

 

 

 

15.   Jadual Pengajaran*

 

Minggu Tajuk

 

Catatan
1 Pengenalan – Fungsi Editorial Kuliah ini memperkenalkan kepada pelajar mengenai penulisan editorial dan komentar.  Antara lainnya ia akan menghuraikan  kenapa akhbar perlu menulis editorial dan juga komentar. Kuliah juga akan membezakan dan menjelaskan bentuk-bentuk penulisan, dan di mana letaknya penulisan editorial dan komentar dalam continuum penulisan.
2 Penjelasan dan Pengklasifikasian Editorial Kuliah ini akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan editorial. Berbagai jenis editorial akan diterangkan. Antara editorial yang disentuh ialah editorial untuk menyelesaikan masalah.
3 Rayuan editorial Kuliah ini menerangkan bagaimana menjadikan sesuatu editorial itu penting melalui penggunaan pelbagai jenis rayuan. Perhatian diberikan kepada pendekatan Program Yale yang melibatkan  perhatian dan pemahaman, penerimaan dan ingatan, kesan keutamaan (primacy) dan kesemasaan (recency), pendekatan rayuan satu pihak dan dua pihak, kesan pengulangan, rayuan menggunakan kesan takut, dan kesan lelucon (humor).
4 Penggunaan Beberapa  Teknik Pembujukan dalam Editorial Kuliah ini memberi penekanan kepada beberapa teknik penulisan. Kuliah akan menerangkan kenapa sesuatu penulisan itu mesti ditulis dengan mudah, dan penulis harus menulis apa yang dimaksudkan. Ini bermakna penulis tidak perlu menggunakan perkataan-perkataan yang besar-besar atau bombastik, yang kabur dan sebagainya.
5 Penyelidikan dalam Editorial Kuliah ini menerangkan bagaimana penyelidikan dijalankan untuk menghasilkan sesebuah editorial. Antara lainnya perpustakaan akhbar merupakan  sumber maklumat dan fakta yang penting. Rujukan juga dibuat terhadap buku-buku biografi, laporan tahunan (yearbook), almanacs, indeks, digests dan abstrak, rujukan kehakiman dan undang-undang.
6 Peranan Refleksi  atau Menungan dalam Editorial Kuliah ini memperkenalkan kepada pelajar beberapa teknik refleksi,  iaitu suatu cara yang penting  untuk menghasilkan penulisan editorial. Antara teknik-tenik yang digunakan ialah berfikir lwn logik, berfikir seperti seorang ahli sains. Juga dikuliahkan persediaan taakulan dari fakta. Penekanan diberikan kepada empat perkara iaitu Persediaan, Pengeraman, Penjelasan dan Pengesahan.
7 Memilih Subjek untuk Editorial Kuliah ini kenapa dan bagaimana penulis memilih subjek untuk dijadikan editorial. Apa yang penting ialah mengetahui subjek yang hendak ditulis, dan menjelaskan berita. Selain itu editorial sebagai esei tidak rasmi juga disentuh. Juga dibincangkan  ialah perbincangan atau brainstorming yang dilakukan dalam mesyuarat sidang editorial mengenai perkara yang hendak ditulis.
8 Kepalsuan Verbal dan Statistik Kuliah ini memberi perhatian kepada penulisan editorial yang memerlukan ia dihasilkna degan tepat. Andaian-andaian yang tidak diperlukan tidak harus dimasukkan di dalam editorial.  Juga diterangkan mengenai kepalsuan statistik, kesamaran dan lain-lain perkara yang perlu dielakkan
9 Kredibiliti editorial Kuliah ini membincangkan mengenai kredibiliti editorial. Ia menghuraikan mengenai dimensi kredibiliti, yang meliputi kredibiliti dan penggunaan media, kebolehpercayaan dan kredibiliti, persamaan dan bukan persamaan.
10 Khalayak Editorial Antara perkara yang diberi perhatian dalam kuliah ini ialah  sikap khalayak dan peranan teori.  Antara teori yang disentuh ialah Kejanggalan Kognitif (Cognitive Dissonance), teori Advokasi Penentangan Sikap (Counter-Attitudinal Advocacy), peranan pengaruh antaraperibadi, personaliti dan pembujukan, motivasi dan sikap.
11 Penulisan Kolum dan Komentar Kuliah ini menghuraikan bentuk-bentuk penulisan lain di dalam akhbar seperti penulisan kolum dan komentar. Lazimnya, penulisan editorial dihasilkan oleh staf dalam sesebuah akhbar. Komentar pula dihasilkan sama ada oleh penulis dalaman atau atau penulis luar. Begitu juga dengan penulis kolum. Perbezaan yang nyata ialah penulisan komentar adalah lebih panjang dan lebih penghuraiannya.
12 Maklum Balas Kuliah ini membincangkan mengenai  penulisan surat kepada pengarang. Selain editorial, akhbar juga mewujudkan penulisan surat-surat kepada editor yang menjadikan akhbar itu sebuah wadah yang terbuka untuk pandangan luar.
13 Dasar Editorial Kuliah ini menjelaskan mnengenai dasar editorial yang diamalkan oleh akhbar-akhbar di seluruh dunia secara amnya. Ia juga menjelaskan bagaimana dasar editorial ini diterapkan di dalam editorial yang dihasilkan. Editorial ialah suara akhbar yang dilahirkan melalui penulisan. Selain  dasar am yang wujud, akhbar juga menetapkan dasar semasa melalui sidang editorial yang diadakan setiap hari.
14 Mengulang Kaji kursus Dalam kuliah terakhir ini rumusan kuliah yang sebelumnya diberikan secara sepintas lalu. Pelajar juga dimaklumkan mengenai peperiksaan dan cara menjawab.

 

 

16.    Disediakan oleh: Prof. Dr. Mohd Safar Hasim 

        Tandatangan: ________________

        Diperakukan oleh:     Prof. Madya Fuziah Kartini Hassan Basri   (Ketua Program)

         Tandatangan: ________________

        Tarikh: 7 Disember 2009

 

 

         * Catatan:  Tertakluk kepada perubahan.

Disember 29, 2009 at 12:01 pm Tinggalkan komen

Older Posts


Archives

Blog Stats

  • 2,219 hits

Pages


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.