Proforma Kursus

Disember 29, 2009 at 12:01 pm Tinggalkan komen

 

FSSK/UPS/4/1/06

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

   UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

PRO-FORMA KURSUS PRASISWAZAH

SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009/2010

 

1. Pusat Pengajian: Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
2. Program Pengajian:

Program Komunikasi Media

3. a.  Kod Kursus: SKKC3133 

    b.  Bilangan Kredit: 3

4. Tajuk Kursus: Penulisan Pendapat  dan Komentar

 

5.  Tahap Kursus: 

Wajib Program

6. Hari/Masa

Kuliah: Selasa: 10 pagi -12 tengah hari

Tutoran: Khamis: 2 petang – 4 petang

 

Bilik: BS3A.510

Bilik: Bilik Seminar Mention

7. Pengajar I:  Prof. Dr. Mohd Safar Hasim

 

Hari/Masa Untuk Pertemuan:
Setiap hari/8-9 pagi

Tel:  03-89213867/0193301947  

E-mel: drmsafar@gmail.com

Bilik: Blok D: 401

   
8. Objektif Kursus dan Hasil Pembelajaran:

Pada akhir kursus ini, para pelajar diharapkan mampu:

  • mengaplikasi dan menghasilkan penulisan editorial berlandaskan prinsip yang dikuliah dan dipraktiskan melalui latihan penulisan
  • menghasilkan penulisan surat kepada pengarang yang bertenaga dan membujuk
  • membuat penilaian kritis terhadap amalan penulisan editorial dan komentar di negara ini dan juga di luar negara.
  • peka terhadap isu-isu yang terbit di akhbar dari semasa ke semasa.

 

9. Sinopsis kandungan kursus (seperti dalam buku panduan dan tambahan):

Kursus ini menekankan kepada bentuk penulisan kritikal, analitikal dan intepretatif yang lebih mendalam. Berlandaskan ilmu wacana media yang mantap, pelajar didedahkan kepada strategi penyelidikan bahan, penulisan dan persembahan pendapat yang meliputi penulisan editorial, komentar, surat kepada pengarang, rencana kritikan, interpretatif dan kupasan. Kursus ini antara lainnya mengajar mengenai fungsi pendapat, penggunaan beberapa teknik pembujukan, penghujahan dan kritikan.

10. Bahan Pengajaran/Peralatan:

 

  • LCD dan notebook untuk kuliah
  • Nota ringkasan untuk kuliah

 

 

11. Bahan Rujukan (seperti dalam buku panduan dan tambahan):

 

Bacaan Asas:

Itule, B.D. & Anderson, D.A. 1997. News writing and reporting for today’s media. Edisi ke-4, New York: McGraw-Hill International.

Md Sidin Ahmad Ishak & Mus Chairil Samani. 1996. Strategi penulisan: Panduan khusus kepada penulis. Bangi. Jabatan Komunikasi. UKM.

Rivers, W.L., McIntyre, B & Work, A. 1998. Writing opinion: Editorials. Ames: Iowa State University Press.

Sloan, W.D. 1980. Pulitzer Prize editorials. Ames: Iowa State University Press.

Stonecipher, H.W. 1999. Editorial and persuasive writing. Edisi ke-2. New York: Hastings House Publishers.

Bacaan Tambahan:

 

Fink, C.C.  2004. Writing opinion for impact. Ed.2. New York: Blackwell Publisher.

 

12. Kaedah Pengajaran/Pembelajaran (kuliah, tutoran, kerja kumpulan, kerja lapangan dan lain-lain):

Kuliah dan tutoran

 

13. Kaedah Penilaian (Sila nyatakan sama ada penilaian berterusan atau peperiksaan formal (pertengahan/akhir) dengan perinciannya)

Tugasan Penulisan Individu (50%)

Setiap pelajar menulis LIMA  buah penulisan, empat buah penulisan  pendapat (editorial, komentar atau surat kepada editor) yang menggunakan empat pendekatan yang berbeza yang dikuliahkan dalam Minggu ke 3, mengenai satu isu sosial, ekonomi dan sebagainya, dan sebuah penulisan laporan khas.  

Setiap satu penulisan diperuntukkan 10% markah. Panjang setiap penulisan kira-kira 750 perkataan.

Rujukan menggunakan Gaya UKM perlu diberikan di akhir setiap penulisan.

Untuk menulisan editorial dan komentar, pelajar perlu menjelaskan kenapa pendekatan tertentu digunakan untuk penulisan editorial atau komentar yang dihasilkan.

Tarikh hantar:       Tugasan 1 = Minggu ke 5

                             Tugasan 2 = Minggu ke 7

                             Tugasan 3 = Minggu ke 9

                             Tugasan 4 = Minggu ke 11

                             Tugasan 5 = Minggu ke 13

Pelajar digalakkan menghantar penulisan mereka kepada media dan jika diterbitkan, pelajar akan diberi markah bonus 5% bagi yang pertama dikeluarkan, 2% bagi yang kedua dan seterusnya 1%. Maksimum markah bonus ialah 10%.                       

 

Analisis Editorial (10%)

Membuat satu analisis penulisan editorial atau komentar. Analisis dibuat terhadap lima buah editorial  atau komentar dari sebuah akhbar di Malaysia atau luar negara. Panjang analisis tidak lebih 1,50 perkataan  langkau dua.

 

Tutoran (10%)

Membentangkan satu penulisan (editorial,  komentar, laporan khas atau analisis editorial (yang ditulis oleh pelajar) pada waktu tutoran.  Pembentangan lebih menumpukan kepada perbincangan  idea.

 

Peperiksaan Akhir (30%)

Peperiksaan akhir adalah berbentuk esei.

 

Penilaian Peperiksaan Akhir

Skala gred penilaian: Gred berikut akan digunakan: A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+, D- dan E. Umumnya A menunjukkan kerja yang cemerlang, B menunjukkan kerja yang baik, C menunjukkan kerja yang memuaskan, dan D menunjukkan gred  lulus yang terendah. E adalah gagal atau kandas.

 

14. Tarikh-tarikh penting (tentatif):*

Perkuliahan: 21 Disember 2009 – 12 Februari 2010

Cuti Pertengahan : 13-21  Februari 2010

Perkuliahan: 22 Februari 2010 – 3 April 2010

Cuti ulangkaji : 4 April 2010 – 11 April 2010

Peperiksaan Akhir: 12 April 2010 – 30 April 2010

Cuti Semester: 1Mei 2010 – 4 Julai 2010

 

 

 

 

 

 

 

15.   Jadual Pengajaran*

 

Minggu Tajuk

 

Catatan
1 Pengenalan – Fungsi Editorial Kuliah ini memperkenalkan kepada pelajar mengenai penulisan editorial dan komentar.  Antara lainnya ia akan menghuraikan  kenapa akhbar perlu menulis editorial dan juga komentar. Kuliah juga akan membezakan dan menjelaskan bentuk-bentuk penulisan, dan di mana letaknya penulisan editorial dan komentar dalam continuum penulisan.
2 Penjelasan dan Pengklasifikasian Editorial Kuliah ini akan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan editorial. Berbagai jenis editorial akan diterangkan. Antara editorial yang disentuh ialah editorial untuk menyelesaikan masalah.
3 Rayuan editorial Kuliah ini menerangkan bagaimana menjadikan sesuatu editorial itu penting melalui penggunaan pelbagai jenis rayuan. Perhatian diberikan kepada pendekatan Program Yale yang melibatkan  perhatian dan pemahaman, penerimaan dan ingatan, kesan keutamaan (primacy) dan kesemasaan (recency), pendekatan rayuan satu pihak dan dua pihak, kesan pengulangan, rayuan menggunakan kesan takut, dan kesan lelucon (humor).
4 Penggunaan Beberapa  Teknik Pembujukan dalam Editorial Kuliah ini memberi penekanan kepada beberapa teknik penulisan. Kuliah akan menerangkan kenapa sesuatu penulisan itu mesti ditulis dengan mudah, dan penulis harus menulis apa yang dimaksudkan. Ini bermakna penulis tidak perlu menggunakan perkataan-perkataan yang besar-besar atau bombastik, yang kabur dan sebagainya.
5 Penyelidikan dalam Editorial Kuliah ini menerangkan bagaimana penyelidikan dijalankan untuk menghasilkan sesebuah editorial. Antara lainnya perpustakaan akhbar merupakan  sumber maklumat dan fakta yang penting. Rujukan juga dibuat terhadap buku-buku biografi, laporan tahunan (yearbook), almanacs, indeks, digests dan abstrak, rujukan kehakiman dan undang-undang.
6 Peranan Refleksi  atau Menungan dalam Editorial Kuliah ini memperkenalkan kepada pelajar beberapa teknik refleksi,  iaitu suatu cara yang penting  untuk menghasilkan penulisan editorial. Antara teknik-tenik yang digunakan ialah berfikir lwn logik, berfikir seperti seorang ahli sains. Juga dikuliahkan persediaan taakulan dari fakta. Penekanan diberikan kepada empat perkara iaitu Persediaan, Pengeraman, Penjelasan dan Pengesahan.
7 Memilih Subjek untuk Editorial Kuliah ini kenapa dan bagaimana penulis memilih subjek untuk dijadikan editorial. Apa yang penting ialah mengetahui subjek yang hendak ditulis, dan menjelaskan berita. Selain itu editorial sebagai esei tidak rasmi juga disentuh. Juga dibincangkan  ialah perbincangan atau brainstorming yang dilakukan dalam mesyuarat sidang editorial mengenai perkara yang hendak ditulis.
8 Kepalsuan Verbal dan Statistik Kuliah ini memberi perhatian kepada penulisan editorial yang memerlukan ia dihasilkna degan tepat. Andaian-andaian yang tidak diperlukan tidak harus dimasukkan di dalam editorial.  Juga diterangkan mengenai kepalsuan statistik, kesamaran dan lain-lain perkara yang perlu dielakkan
9 Kredibiliti editorial Kuliah ini membincangkan mengenai kredibiliti editorial. Ia menghuraikan mengenai dimensi kredibiliti, yang meliputi kredibiliti dan penggunaan media, kebolehpercayaan dan kredibiliti, persamaan dan bukan persamaan.
10 Khalayak Editorial Antara perkara yang diberi perhatian dalam kuliah ini ialah  sikap khalayak dan peranan teori.  Antara teori yang disentuh ialah Kejanggalan Kognitif (Cognitive Dissonance), teori Advokasi Penentangan Sikap (Counter-Attitudinal Advocacy), peranan pengaruh antaraperibadi, personaliti dan pembujukan, motivasi dan sikap.
11 Penulisan Kolum dan Komentar Kuliah ini menghuraikan bentuk-bentuk penulisan lain di dalam akhbar seperti penulisan kolum dan komentar. Lazimnya, penulisan editorial dihasilkan oleh staf dalam sesebuah akhbar. Komentar pula dihasilkan sama ada oleh penulis dalaman atau atau penulis luar. Begitu juga dengan penulis kolum. Perbezaan yang nyata ialah penulisan komentar adalah lebih panjang dan lebih penghuraiannya.
12 Maklum Balas Kuliah ini membincangkan mengenai  penulisan surat kepada pengarang. Selain editorial, akhbar juga mewujudkan penulisan surat-surat kepada editor yang menjadikan akhbar itu sebuah wadah yang terbuka untuk pandangan luar.
13 Dasar Editorial Kuliah ini menjelaskan mnengenai dasar editorial yang diamalkan oleh akhbar-akhbar di seluruh dunia secara amnya. Ia juga menjelaskan bagaimana dasar editorial ini diterapkan di dalam editorial yang dihasilkan. Editorial ialah suara akhbar yang dilahirkan melalui penulisan. Selain  dasar am yang wujud, akhbar juga menetapkan dasar semasa melalui sidang editorial yang diadakan setiap hari.
14 Mengulang Kaji kursus Dalam kuliah terakhir ini rumusan kuliah yang sebelumnya diberikan secara sepintas lalu. Pelajar juga dimaklumkan mengenai peperiksaan dan cara menjawab.

 

 

16.    Disediakan oleh: Prof. Dr. Mohd Safar Hasim 

        Tandatangan: ________________

        Diperakukan oleh:     Prof. Madya Fuziah Kartini Hassan Basri   (Ketua Program)

         Tandatangan: ________________

        Tarikh: 7 Disember 2009

 

 

         * Catatan:  Tertakluk kepada perubahan.

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Ringkasan Minggu 1 Ringkasan Minggu ke 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Archives

Blog Stats

  • 3,076 hits

Pages


%d bloggers like this: