Ringkasan Minggu 1

Disember 29, 2009 at 9:50 am Tinggalkan komen

  

 Ringkasan Kuliah

Minggu 1 (22 Dis. 2009)

 Pengenalan 

Kuliah ini memperkenalkan kepada pelajar mengenai penulisan editorial dan komentar. Antara lainnya ia akan menghuraikan kenapa akhbar perlu menulis editorial dan juga komentar. Kuliah juga akan membezakan dan menjelaskan bentuk-bentuk penulisan, dan di mana letaknya penulisan editorial komentar dalam continuum penulisan. 

 Pelajar dimaklumkan mengenai kursus ini pada amnya dari segi kuliah dan toturial. Pelajar juga dijelaskan mengenai beban tugas yang diperlukan dalam kursus ini. Selain itu kuliah juga menyentuh mengenai mengenai perkara berikut: 

  1. Kenapa akhbar perlu menulis editorial

 Penulisan editorial perlu untuk menjelaskan isu-isu terkini, menghujah merit dan sebaliknya sesuatu isu awam, mencari jawapan kepada sesetengah masalah kepentingan awam yang kompleks. 

 Fungsi editorial 

 Kata seorang editor, editorial patut menjadi seperti suatu lampu penyuluh untuk menerangkan arah kemajuan masyarakat yang ia memberi khidmat. Lampu  menerangkan di dalam kolum-kolum berita. Manakala lampu penyuluh menyinari di halaman-halaman editorial.  Ia adalah suatu lampu penyuluh yang dipandu oleh wawasan dan kebijaksanaan dasar editorial. 

  1. Kontinum Penulisan

 Bayangkan satu kontinum seperti di bawah ini. 

 Di satu hujung continuum ialah Fakta dan di satu hujung lagi ialah Pendapat seperti berikut: 

 Fakta _________________________________________________Pendapat 

Objektif                                                                                               Subjektif 

                                Continuum Berita-Editorial 

Antara kontinum Fakta dan Pendapat ini wujud bentuk-bentuk penulisan seperti berikut: 

 Fakta (Hujung Kontinum)__Berita__Laporan khas/Rencana___Penulisan Interpretatif_ Komentar__Editorial__Surat Kpd Pengarang__(Hujung Kontinum) Pendapat 

 Bentuk-bentuk penulisan kreatif  seperti cerpen atau novel terletak di luar kontinum ini dan tidak diajar dalam kursus ini.  

 Berita. 

Seluruhnya ditulis berasaskan Fakta. Penulis atau pemberita atau wartawan yang menulis sesutua berita tidak boleh memasukkan pendapat di dalam penulisan berita itu. Bagaimanapun, pendapat orang lain boleh dimasukkan di dalam penulisan berita kerana ia di anggap fakta. Hanya pendapat penulis yang tidak dimasukkan. 

 Laporan khas.  

Hampir seluruhnya berasaskan fakta. Bagaimanapun, rencana boleh memasukkan sedikit pendapat yang tidak terlalu menonjol. Bagaimanapun, pendapat ini adalah pendapat yang dipetik hasil interview orang lain. Bukan pendapat sendiri. Secara bandingan,  dalam penulisan laporan khas dan rencana, lebih banyak fakta digunakan dibandingkan dengan pendapat. 

 Penulisan Interpretatif/ Rencana 

Penulisan interpretative mengandungi fakta dan pendapat. Kandungan pendapatnya mungkin lebih banyak dari laporan khas. Pendapat yang digunakan masih pendapat orang lain. 

 Komentar 

Komentar ialah suatu penulisan yang ditulis, lazimnya disiarkan pada muka tengah bersebelahan dengan artikel editorial. Lazimnya, artikel ini ditulis oleh penulis dalaman akhbar. Ia merupakan artikel yang diarah oleh editor. Artikel sebegini adalah sesuatu artikel yang cuba menghuraikan sesuatu isu yang menjadi berita utama akhbar-akhbar. 

 Editorial

Editorial ialah artikel dalam suatu ruangan khas akhbar. Ruangan ini hanya ditulis oleh editor atau penulis khas akhbar itu. Artikel editorial merupakan artikel yang memberi gambaran dan pendapat akhbar itu berdasarkan dasar akhbar itu. Ia mencerminkan pendapat akhbar itu mengenai sesuatu isu. Lazimnya, penulisan ini banyak mengandungi pendapat berbanding dengan fakta. Malah ada artikel editorial yang sepenuhnya pendapat. 

 Surat Kepada Editor 

Surat kepada editor ialah penulisan yang dihasilkan oleh pembaca akhbar yang menyentuh mengenai sesuatu isu khususnya yang ditonjolkan  oleh  akhbar berkenaan.   

File: ringkasan minggu 1

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Proforma Kursus

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Archives

Blog Stats

  • 3,076 hits

Pages


%d bloggers like this: