Ringkasan Minggu ke 3
Januari 5, 2010 at 2:12 pm Tinggalkan komen
MENCARI FAKTA
Rujukan dan Sumber Asas
- Akhbar sebagai sumber
- Rujukan editorial
- Rujukan Biografi
- Indeks, Diges dan Abstrak
- Statistik (Jabatan Perangkaan)
- Laporan penyelidikan
- Rujukan perundangan & kehakiman
- Dokumen kerajaan etc
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
SKKC3133 Penulisan Editorial dan Komentar
Ringkasan Minggu Ke 3
(Bahagian 1)
RAYUAN EDITORIAL
Pengenalan
Ada dua strategi utama untuk membawa perubahan kepada kepercayaan, sikap, dan
tingkah laku, yang menarik perhatian para penyelidik sains tingkah laku strategi itu ialah :
i) Penggunaan penyertaan yang aktif, dan
ii) Penggunaan komunikasi pembujukan
Strategi pertama ialah penyertaan aktif.
membawa perubahan melalui rangsangan
pemerhatian tingkah laku orang lain. Ia adalah di luar skop kuliah ini.
Strategi pertama memberi tumpuan untuk
(stimuli) seperti interaksi dengan orang lain atauStrategi kedua ialah penggunaan komunikasi pembujukan.
penyertaan aktif, di mana seseorang mendapat maklumat melalui pemerhatian orang,
benda, dan kepastian dalam keadaan yang lebih kurang neutral, maklumat dalam
komunikasi pembujukan biasanya dipandang sebagai di lihat luar dan sebagai sesuatu yang
direkacipta untuk memanipulasi dan mempengaruhi seseorang pembaca atau pendengar.
Seseorang penulis editorial, misalnya tidak dapat melindungi tujuan pembujukan
manipulasinya apabila beliau menilai rekod buruk majlis bandaraya atau lembaga bandaran.
Oleh kerana komunikasi pembujukan sentiasa dilihat sebagai satu strategi penting untuk
mempengaruhi orang, terutama melalui media massa, ia menarik perhatian para sarjana
dan pengamal media sejak sekian lama. Pada hakikatnya, banyak daripada cetusan untuk
Berbanding dengan
2
penyelidikan yang terkawal dalam bidang ini datang daripada
Research Program
arahan ahli psikologi dan penyelidik pembujukan Carl I. Hovland.
Yale Communication(Program Penyelidikan Komunikasi) dalam tahun 1950an di bawahPendekatan Program Yale
Program penyelidikan empirikal yale ini berkisar kepada tema: Siapa berkata apa kepada
siapa dengan kesan apa?
Tumpuan mereka kepada mesej (lisan dan tulisan) sebagai rangsangan kepada perubahan
sikap atau pendapat menjadikan pendekatan Yale penting kepada pembujuk media.
Pendekatan Yale meletakkan pembolehubah yang mempengaruhi penerimaan hujah
pembujukan kepada empat kategori:
i) Sumber komunikasi
ii) Ciri-ciri mesej yang membujuk
iii) Kebolehbujukan khalayak dan individu yang membentuk sesuatu khalayak
iv) Reaksi khalayak kepada komunikasi
Kuliah ini akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri mesej sahaja, di mana yang lain akan
dibincangkan kemudian.
Pendekatan Yale menjelaskan ada empat langkah atau proses yang menentukan
sejauhmana seseorang akan dibujuk oleh sesuatu komunikasi. Kesan kepada sesuatu
mesej pembujukan yang diberikan, bergantung kepada sejauhmana sesuatu komunikasi itu
dibaca, difahami, diterima dan diingati. Implikasinya ialah kesan sesuatu editorial akhbar
atau komentari penyiaran dimediasi oleh apa yang penyelidik sains sosial gelar sebagai
.
perhatian, pemahaman, penerimaan (atau mengalah)
dan
ingatan.Akal budi menyatakan bahawa sesuatu mesej itu mesti didengar dan dibaca dan
difahami. Sebelum ia boleh menjadi membujuk, teknik untuk mencapai darjah perhatian dan
pemahaman yang diperlukan untuk menjelaskan sesuatu isu awam yang kompleks adalah
sesuatu perkara lain. Tanpa kefahaman sedemikian, sudah pasti, tidak mungkin ada
penerimaan atau perubahan sikap iaitu matlamat yang diharapkan. Tumpuan kuliah ini ialah
terhadap berbagai proses yang menentukan sejauhmana seseorang akan dipujuk oleh
komunikasi tulisan atau lisan dan berbagai ciri kandungan mesej yang diujikaji oleh
3
penyelidik tingkah laku sejak beberapa tahun dalam usaha untuk menentukan impak
sesuatu mesej yang membujuk.
Perhatian dan Pemahaman
Dapatkan perhatian pembaca dan pendengar. Ini adalah langkah pertama untuk memecah
tembok pertahanan mereka. Seseorang pembujuk perlu memecahkan tembok motivasi ini
sebelum dapat menggunakan tekniknya. Terdapat banyak bukti bahawa penulis editorial
akhbar mungkin menghadapi lebih banyak kesukaran untuk mendapat perhatian yang
diperlukan berbanding dengan pengulas penyiaran.
Pengulas televisyen boleh menggunakan tekanan bunyi, lampu, dan warna; unsur
kontras dan perubahan; daya tarikan pergerakan melalui tanda-tanda, non-verbal,
kesemuanya boleh menarik perhatian. Penulis editorial akhbar mungkin terpaksa
bergantung kepada faktor luaran seperti saiz sesuatu tajuk berita, huruf besar, penggunaan
italik, saiz huruf, atau kepanjangan sesuatu editorial untuk menggunakan faktor-faktor
intensif dan kontras. Penulis editorial tidak boleh menggunakan langsung pergerakan.
Pengulangan, bagaimanapun boleh digunakan daya tarikan sama ada oleh komentar
akhbar dan penyiaran. Ada dua faedah pengulangan:
i) Suatu rangsangan (tulisan dan lisan) yang diulang mempunyai peluang yang
lebih baik untuk menarik pembaca dan pendengar pada ketika apabila
perhatiannya sedang menurun, dan
ii) Pengulangan meningkatkan sensitivity pembaca atau pendengar atau
kesedaran kepada rangsangan.
Ada berbagai faktor dalaman dan penentu perhatian yang didapati agak tekal dari
individu ke individu. Sesetengah topik atau isu, misalnya, suatu ancaman terus kepada
kehilangan keselamatan, adalah begitu penting. Ia segera menarik perhatian. Sesetengah
berita kejadian yang berkaitan dengan konflik, drama, dan suspense boleh menarik
perhatian sesuatu khalayak.
Sesuatu kejadian atau isu-isu yang ganjil boleh menarik perhatian pembaca dan
pendengar keperluan kepada resolusi, penyelesaian atau perimbangan mungkin
menyebabkan meningkatnya perhatian kepada sesuatu isu apabila ketidakseimbangan itu
4
mungkin menjadi tidak boleh diterima secara psikologikal. Hampir juga boleh menjadi suatu
daya penarik kerana khalayak tertarik kepada bahan seperti itu dalam usaha untuk
melarikan diri daripada ketakutan, kekecewaan dan
Walaupun khalayak memberi perhatian kepada mesej, perhatian demikian mungkin
tidak berguna jika tujuan komunikasi tidak difahami sepenuhnya. Organisasi yang lemah,
misalnya mungkin merosakkan keberkesanan sesuatu mesej, menjadikannya tidak difahami.
Buku-buku teks menekankan betapa pentingnya organisasi terhadap pemahaman. Berbagai
penyelidikan empirikal menyokong konsep susunan ini. Kesan daripada susunan
penyampaian hujah di dalam sesuatu mesej yang diberikan terhadap impak pembujukannya
akan dibincangkan kemudian di dalam kuliah ini.
Adalah penting bagi sesuatu mesej pembujukan mempunyai sesuatu untuk
diperkatakan, ia perlu mempunyai
komunikasi adalah juga penting. Adalah juga penting
supaya ia difahami.
Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kefahaman khalayak terhadap
sesuatu mesej berkaitan dengan bahan yang agak kompleks, mungkin menjadi masalah
kepada pengulas penyiaran berbanding dengan penulis editorial akhbar.
hostility ereka.kandungan iaitu perkara dalam sesuatu editorial atau, bagaimana mesej itu dipersembahkanPenerimaan dan Ingatan
Penerimaan mesej pembujukan merupakan pembolehubah yang paling banyak dikaji
berhubung dengan pembentukan sikap dan perubahan sikap. Walaupun penerimaan
(
kepadanya dan memahaminya – sejauhmana penerimaan tidak semestinya berhubung
secara positif kepada darjah resepsi.
Terdapat satu kajian yang klasik, yang diterimapakai oleh penyelidik lain dalam
bidang ini, mengkonsepkan sikap sebagai termasuk tiga jenis penerimaan:
i) Pematuhan (
acceptance) tidak boleh berlaku tanpa resepsi (reception) mesej – memberi perhatiancompliance)5
Pematuhan berlaku apabila seorang individu menerima suatu rayuan
pembujukan kerana ia berharap untuk mendapat reaksi yang positif dari
komunikator atau institusi yang diwakilinya.
ii) Identifikasi
Identifikasi berlaku apabila seseorang individu menerima suatu rayuan
pembujukan kerana beliau ingin mewujudkan atau menjaga apa yang digelar
oleh ahli psikologi sebagai “suatu hubungan kenal diri yang memuaskan”
satisfying defining relationship)
iii) Internalisasi
Internalisasi berlaku apabila seseorang individu menerima suatu rayuan
pembujukan kerana kandungan mesejnya selaras dengan nilai sistemnya.
Penulis editorial media jarang dapat pematuhan melalui rayuan pembujukan
ini.
Penulis editorial media lazimnya tidaklah begitu berkuasa. Jika penulis editorial
cukup menarik, besar kemungkinan pematuhannya mungkin melalui identifikasi. Jika penulis
editorial dilihat sebagai sumber yang cukup kredible (pakar dan objektif), kepatuhannya
adalah melalui proses internalisasi.
…bersambung
Entry filed under: Ringkasan Minggu ke 3, Uncategorized.
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed